Search This Blog

Friday, 30 December 2011

Penipuan yang tidak kite sedar...

ASSALAMUALAIKUM...

Salam sejahtera kawan2...harap dalam keadaan sehat dan senyum sentiase..hehe,,senyum kan sedekah;) kali nie sy nk kongsi pada kawan2 tentang penipuan2 para yahudi untuk cuba menyesatkan kite...sy cume menyebarkan sekiranya perkara ini benar....moge kita sama2 sedar serta berusaha untuk menghindarkan diri dari penipuan2 musuh islam ini...sebenarnya telah banyak penipuan2 yang yahudi cipta untuk merosakkan dan menyesatkan umat2 islam kini,,tapi untuk kali ini sy cume nk kongsi dan tekankan tentang penipuan2 yg yahudi cipta dari segi pemakanan kita pada masa kini....
 

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis rekod Nabi Muhamad:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara“barangan buatan”yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1.Kita diajar dalam buku biologi,
buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam  sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk otak dan kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Cubatengok Yahudi ,mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang  Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3.Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,
namun kambing juga adalah makanankegemaran Nabi Muhamad.
Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.
Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4.Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,
contohnya coke dan maggi.
Coke tu sangatlah beracun,
pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6.Untuk pengetahuan,
para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki
dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,
kanser ovari,
kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.
Firman Allah:
Wahai sekalian manusia!
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,
kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Al-Quran
Surah Al-Baqarah
Ayat 168

Firman Allah:
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu,
iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Al-Quran
Surah Al-Maidah
Ayat 88

Firman Allah:
Oleh itu,
makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik,
dan bersyukurlah akan nikmat Allah,
 jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
Al-Quran
Surah An-Nahlu
Ayat 114

Saturday, 24 December 2011

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W



KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.





WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

            “Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
            Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
            Juga pun”.

Friday, 16 December 2011

DIALOG PERINGATAN

ASSALAMUALAIKUM

Salam sejahtera kawan2,, hope kawan2 sume dalam keadaan sehat sejahtera;) kawan mesti terfikir kn,,apekebende laa tajuk dialog peringatan nieh...hehe,,tak de pe bende pown kawan,,sy cume nk kogsi dialog yg sy reke supaye kite same2 sedar yg kite ny x lepas dari kesalahan,, tetapi perlu berusaha untuk mengelak dari kesalahan...haaaaaa...dialog ny sy cume reke je kawan2,,xde kene mengene dengan sape2 pown walaupun yg hidup atau pown yg telah meninggal dunia...dialog ny pown bukan saje2 sy rekaa atau men reka2 mcm tuh jaaa..haaaa,,x jgk,,(pening kn ayat sy ny..haha,,nk bwat cnew dlu time jahil dlu g skola men2)..hmm,,dialog ny jugak sy reka berdasarkn pengalaman yg sy jalani di waktu sy jahil dulu..di waktu sy tidak sedar dan alpa dengan keseronokan di dunia ny..lg2 zaman remaja ny kn..syaitan suke je ambil kesempatan..so,,same2 la berusha supaya jgn bg dia ade ruang untuk mengambil kesempatan..k...jd kwn2 bace la dialog ny dan ambil la iktibar.

LELAKI A: bro,,free x?jom ah clubing ke,uma merah ke,angkut mane2 cikaro ke,minum keras2 ke..kasi ilang tension skitt,,bru syokk..

LELAKI B: sowei ah bro,,wa tkot...

LELAKI A: lahai,,lu tkot mende?kantoi?mak ayah kaw?awek kaw?pakcik kaw?deowng tataw pnye,,pandai bwat pandai simpan la doe,,bwat wilek suda...

LELAKI B: wa tkot dgn yg maha melihat lagi maha mengetahui..tdew mende yg kite boley simpan dri Allah bro..Allah tau segala-gala nye walaupun yg tersimpan didalam dada...

LELAKI A: eleh,,pk mcm uh plak..asal?nk cuci tangan la ny?bajet bgus je lu...abes dose2 yg kaw bwat dlu,,igt tuhan nk maafkn mcm tuh je ke?tayah la bro,,lu da bnyk dose,,bek trus je bwat dose..

LELAKI B: mmng wa bnyk dose,,bnyk sgt2,,tp kite manusia biase,,pasti ade bwat slah bro...tp Allah tu maha penyanyang,,dye bg kite peluang utuk bertaubat klu kite bwat salah,,dan wa yakin walau bnyk mne dose wa,,klu wa btol2 ikhlas bertaubat dan menguatkn niat takan mengulangi salah wa,,InshaAllah,,Allah ampunkn dose2 wa dlu..Allah kn maha pengampun.

LELAKI A: wahh,,pandai bg ceramah plak..tp lu tak rase awal ke nk bruba mcm ny?kite mude bro..bnyk mase lg...rugi la bro..pikir la skit.

LELAKI B: lu yakin ke lu idop smpi tua,,kowt jp g wa mati,,tak pown lu mati?tak pown tetibe wa jd gile,,wa g bunuh lu jp g?dah lu tak sempat nk taubat..mati dlm dose mcm tuh je..nk ke stay kt nerake?konfem lu tana punye...abes,,mcm mne tuh?bnyk mase ke?

LELAKI A: ade je menjawab lu ny,,idop ny kejap je kn?oke...mcm uh kite kne la rse sume yg ade kt dunia ny..seks,enjoy,sume nyela,,sedap sume uh,,kamon laa..bnyk lg club2 kite x jejak lg,,kasi enjoy la skit,,t da mati,,tak sempat nk rase sume ny...

LELAKI B: sbb idop ny kejap la,,wa nk berusaha tuk kumpul amalan tok akhirat t...tkot t x sempat,,tkot t amaln skit je bile da mati nnty..hmm,,tuh pown klu ade skit amalan,,klu x de langsung??tayah hisab la,,konfem nerake...seks?enjoy?sedap kejap je tuh bro...ps tuh sowk luse stress blek..tak payah sowk luse la,,kadang2 bpew jam ps uh stress blek,,,same je...abes uh nk kne enjoy blek?gile ltey mcm uh,,dah la letey,,membazir lg..bek wa isi mase lapang dgn bce Quran,,bwat solat sunat,,muhasabah diri,,bezikir,selawat ke atas nabi kita,,nabi Muhammad s.a.w...da la free,,ps uh aty ny tenang je sentiase bro....rezeki pown murah,,mne ade nk stress2 ny..kamon laa ,,x caye lu try laa,,wa x tipu laa...lg pown dunia ny sementare je bro,,akhirat t selame2 nye...lu nk ke selame2 nye di nerake?sure lu tak nak..wa tau..tp ape usahe lu utk dpt syurga?wa cume nmpk usehe lu nk ke nerake je...apa cita?

LELAKI A: Eleh,,lu cakap je senang,,klu da perempuan bogel depan lu?mcm lu ley lawan je nafsu lu tuh bro..kite kn laki,,lagi umor cm kite ny bro..nafsu seks tuh memang membuak2 bro..sedap tuh..tayah ckp la bro..

 LELAKI B: Sbb ape perempuan tuh ley bogel depan kite plak?bley plak die bogel suke2 je dpn kite,,x mngkin.. first mesti lu yg cari g keadaan mcm uh,,contoh g cari bohsia,,x pown g cri placur,,yg lu g cari apsal?da taw iman lu x kuat...iman x kuat p kuat kn iman,,bkn g test iman yg tak kuat tuh,,second klu prempuan tuh yg menggoda kita,,tuh surah yusuf dah bg contoh macam mne nk hadapi nye,,haaa..inshaAllah,,klu kite berjaye kuat kn iman kite,,kita juga dapat menjauhi zina ny bro..kite mmng dicipta suka kepada perempuan,,minat kepada perempuan..btol lu ckp lagi2, umor remaja mcm kita,,sbb tuh nabi kita suruh kite,,galakkan kita kawin awal...dalam islam bukan x boley nk having sex,,boley tp kena la bg halal dlu...kn indah tuh bile da halal..

LELAKI A: Abes klu da x mampu nk kawin?apa cita pulak,,mcm mne nk jauh kn dri mende ny?

LELAKI B: Tuh,,Rasulullah s.a.w dah ckp,,masih x mampu kite kne la berpuasa klu x dapat melawan nafsu kite kepada wanita2...puase bukan je dpt menahan nafsu kite ny,,malah dapat bejimat,,at last kite jd mampu,,nieh yg lu dah la x mampu,,then abes duit lu bayar pelacur,belanje bohsia itu ini,,tukar2 prempuan..g enjoy sana sini,,mmng la jd x mampu,,klu x bwat sume bende2 uh jd mampu x?haaaa,,lu pikir la bro..

LELAKI A: Abes nk bwat cnew bro,,prempuan melayu skunk sume da la pkai bju ketat,,seksi2..rambut yg menggiurkn..cantik2 plak tuh..aduh,,wa puase pown tgk bende mcm ny...apa cita plak ny bro..

LELAKI B: Tuh bukan salah kite,,Tapi salah prempuan tuh la bro...prempuan tuh yg x jage aurat dye,,x ikot syariat islam..kite sbagai lelaki,,kene lindungi perempuan2 ny,,sbb uh kite kene tegur prempuan zaman skrng ny..suruh perbetulkan penjagaan aurat mereka,,untuk iman diri kite ny jugak,,tp klu da keras kepala prempuan uh,,nk bwat cnew...kite yg tahan dapat pahale,,prempuan yg keras kepale uh dapat dose,,n terima la balasan nye nnty,,x di dunia nieh,, di akhirat lagi pedih..

LELAKI A: OUHHH..

LELAKI B: stu lg bro,,bia kite susah kt dunia sementare ny bro,,jnji kite berjaya diakhirat nnty yg kekal selame2 nye bro...

LELAKI A: errmmmmmm...(terdiam dan x dapat menjawab suda)

@@ kepada sesiap yg rse bley lantun lagi untuk membantu LELAKI A,,cube laa...jd renung2kn dan ambil la iktibar.

Thursday, 15 December 2011

Anda hebat?try la jwb teka teki nie...


ASSALAMULAIKUM...


Salam sejahtera kawan2;)....hehe,,harap kawan2 dalam keadaan sehat sejahtera,,sbb?hehe,,moge dapat menjawab teka teki yang agak mencabar ni dalam keadaan yg lebih bijak...haha,,sy tau kawan sy nie sume bijak2 enn,en,en....k lah,,nk tau x ape teka teki nye?...hehe,,suprise..k2,,teka teki ny sy dapat daripada ustaz farhan(ustaz yg mengajar di suraw taman sy laa) pikir betol2 k...agak2 kawan2 laa,, Antara telur dengan ayam kn? mane satu yg jd dulu? telur...? atau ayam..? haaaaa..

kalau kawan2 pk la kn...klu telur jadi dulu la kn,,tp telur dari ayam...so x de ayam,,x de la telur....kn,kn,kn....oke,,klu mcm tuh ayam la jd dlu? tp ayam pulak dari telur.....x de telur,,mcm mne bley ade nye ayam..?haaaa....abes tuh mane satu yg jd dulu nieh? Ayam ke telur nieh? aduhhhhh....pening ke? pening kan...haaaa,,disini la kite x perasan..bak kate ustaz laa,,kite tau makan je ayam ngan telur uh,,tp pikir taknak...hape pown tak boley..hehehe,,(tekene jgk aku)...

Disini la kawan2,,Allah tuh nk menunjukkan ke kite tentang kekuasaan dia...Dia la yang Maha Mencipta,, dia la yg Maha Kuasa..Dia la yang mencipta kan telur dan dia lah yg mencipta kn ayam...so sekarang kwn2 perasan x dengan penciptaan Allah,,kekuasaan dia..jelas kan...mcm kite jugak,,kita dari sapa? mak ayah kita...mak ayah kita dari sapa? atok nenek kita...atok nenek dari sapa? moyang2 kita...moyang kita dari sapa? bla,bla,bla,bla,bla...smpi la kita dari Adam a.s dan siti hawa...Adam a.s dan hawa sapa cipta? kite da tau kan da tertulis dalam al Quran Allah yg cipta mereka berdua..Adam a.s dicipta daripada tanah...jd kawan2 pikir la,,kite ny bukan asal hebat mane pown kawan2,,padahal daripada tanah je,,so x payah la nk bongkak2,sombong2 bagai..kite sume sama,,daripada tanah asal nye juga...beringatlah k;) dan hakikatnya dah tertulis di dalam al Quran yang Allah maha kuasa,maha pencipta dan sebagainya...cume kite yg selalu melupakan kekuasaan nya,,ini lah manusia yg tidak lepas dari kesalahan...dan tuh la sebab dijadikan manusia nie ramai,,Allah x cipta kn kite dok sorang2,,sbb Allah nk bg kite saling ingat mengingati satu sama laen..supaya yg beringat dapat mengingatkan kepada yg lupe...supaya masing2 saling bantu membantu;) supaya dapat menewaskan syaitan yang durjana yg x abes2 berusaha supaya kite melupakan tuhan kita iaitu Allah s.w.t.... kn,kn,kn..jd kawan2 renung2kn lah dan ambil la iktibar....Assalamulaikum(^_^)



Wednesday, 14 December 2011

Berita sedih...

Assalamulaikum

          Salam sejahtera kepada kwn2 yg membaca...ptg semalam iaitu 14/12/2011....sy diberitahu dengan satu berita sedih..yg mmng menyentuh hati aku...sebak jugak rase hati ny,,dua orang sahabat aku,dan kedua2 nya sebaya dengan aku,,iaitu berumur 20 pd 2011...yg aku berkawan dri zaman skolah rendah lg..telah pown kembali ke rahmatullah...moge roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkn di dalam golongan orang2 yg soleh dan orang2 yg beriman...Al-Fatihah...

Terase macam x percaya,,bru je lepas berguraw2 semase men kompang tuk majlis kahwin abg ikhwan..dua2 sehat,,dan kedua2 nye tegap dan berbadan sasa...tp itu lah kebesaran tuhan..walaupown  kite sehat dan sebagainye..x semestinya kite tidak akan dipanggil untuk kembali kpd nye...sahabat aku ini kedua2 nye meninggal lemas di sungai,bentong pahang,,ketika mereke teggelincir semasa sedang memancing...Allahu akbar,,mcm2 cara kaw boleh mengambil semula hak mu ya Allah...tp yg pergi tetap pergi,,kita hnye mampu mendoakn mereka dan meneruskn kehidupan kite right...tp disini sy cube nk mengingatkn kite yg masih hidup ny...mngkin smalam shabat sy,,esok mngkin kite(termasuk sy),,x pown luse,,mnggu hadapan,bulan depan dan seterus nya..hmmmm,,cukup kah kita amalan kite untuk mati?ya Allah ka berikn lah ksempatan utk kami supaya kami sempat bertaubat dan mati dlm iman ya Rahim...same2 lah kite bersedia kwn2 untuk menghadpi mati ini,,sbb mati ini kite x tau dan bila akan berlaku pd kite..klu kite mampu,,kite harus la 24jam bersedia untuk menemui ajal kite..moge kite tidak tergolong dikalangan orang2 yg rugi....

Cerita berkenaan dengan ajal,,aku teringat akan surah AL-Haqqah....surah ini menceritakn tentang kiamat dan juga keadaan2 waktu di hari perhitungan sane...same2 la kite hayati surah ini dan ambil iktibar somoge kite sentiase sedar untuk bersedia untuk menghadapi ajal kita..aminn

P/s: surah Al-Haqqah

Tuesday, 13 December 2011

syukur(^_^)


ASSALAMULAIKUM...


Salam sejahtera kpd kwn2 yg sy hormati dan yg sy sayangi;) syg ke?hehehe,,mestilah syg...kite kn saudara,,yg berasal dri Adam a.s dengan hawa jugk kn...hehe,,sy harap kwn2 sy sehat dan dalam keadaan ceria selalu...skali lg thx sbb sudi melawat blog sy yg x sebagus blog2 kwn2 yg len ny..yg lg dasyat,menarik n memikat,,thx a lot..sbb ape?sbb kwn masih lg membace blog sy walaupown x menarik ny..hehehe..

oke,,kali ny sy nk kongsi dgn kawan2 tentang pengalaman sy sendiri,,ini bukan rekaan semate2...tp pengalaman yg terjadi pd sy sbelum ny...haaaa,,tentang ape ny? menarik ke?? bab menarik ny,,terpulang pd kawan2 laa,,sbb rase menarik tuh dtg pd diri kawan2 kn..kwn2 yg bace,,bkn sy..hehehe..agak2 bende ape la yg sy nk kongsi ny eh...hmmm,,padahal kawan2 da taw sbb terpampang tajuk besa2 kt atas tuh kn..hehe..k saye mule k..ehem2.

k sy nk cerita laa waktu sy bru lepas tamat pengajian di politeknik shah alam dlu,,alhmdulillah lepas dua tahun tamat la sijil elktrik n elktronik yg sy belajar di sana...then,,mcm biase laa,,lepas belajar,,kite mesti pegi cari kerje,btol x?haaa,,hehe,,sy pown berangan laaa,,sijil ny boley la kowt keje gaji pling koman RM1300 ke RM1500 mcm tuh la kn...jd la bwat sementare bujang ny kn..hehe,,k...dalam 5 interview yg sy pergi,,akhir nye ade la 1 company ny yg terima sy berkerja sebagai 'technician' kt sane..sy pown excited laa en,,hehehe..sy pown bekerja laa tanpa bertanye kn dlu berape gaji sy uh...sy nk tnye ke bos,,tp pk2 blik..takpe laa,,keje la dlu sampi offer letter sy siap,,t tgk la bpe gaji tetulis kt situ,,tp dalam kepale pk mcm gaji kt atas tuh laaa...memang sy keje btol2 la,,yela,,semngat keje baru..at last offer letter siap then tgk gaji yg dye bg utk permulaan nye tidak memuaskn hati..tidak seperti yg diharap2 kn...ngam2 soi seriban(1000) je? kepale aku mule serabut,,x tentu arah,,asew nk marah pown ade..sbb gji mmbe aku sijil jgk tp knape lebih dari aku..pengalaman pown lbey brape bulan je dri aku...mcm2 la syaitan tuh bisik2 ke aku..smpi aku rase betol2 x puas haty..dan kemudian nye aku pown mule memberontak,,hahaha(mcm budak en aku) masok keje lambat,keje mcm nk x nk,repair machine ekot suke aty aku je,,jnji idup blek machine uh..x buat betol2..dalam kepale aku,,asek berkate-kate bwat ape aku nk bwat keje elok2,,gaji bkan berpatutan pown..gji kecik der...bwat keje ala2 kadar sudah...hmmm..

then da sbulan dpt la sy pnye first gaji,,nk kate xcited mcm x je...sbb brape je,,nk bagi ke mak ayah aku lg,,nk bayar itu lah, ini lah lagi,,service moto aku lg,,makan aku lg,,shoping aku lg,,ahhhgggg,,penin jugk la aku tyme tuh...lepas tuh dan2 pulak cukai pintu kne bayar tyme2 gji first aku uh..mak aku mnx tlong aku bayar kn,,boley pulak sy ckp...hmmmm,,mleh la nk cite,,tp mcm x nak laaa,,pk2 blek bkn slalu sy bayar cukai pintu ny,,bru first tyme nk bayar..sy pown bayar laaa,,last2 mak aku perasan dengan perangai aku yg teruk ny,,msok keje lambat,,blek keje awai,,n mcm2 laaa..mcm orang memberontak..kawan tau kn mcm mne...then mak aku panggil aku duduk,, n ckp ade ape masalah dgn aku ny..cerite dgn mak meh..hehe

sy pown cite la ke mak sy dari A sampai la ke Z....'ouh,sbb tuh mnx tlong bayar cukai pintu pown bnyk alasan kamu ye' kate mak aku sambil senyum manis....then sy pown dibasuh oleh mak sy smpi la sy tersedar yg perbuatan sy tuh salah n ade stu ayat dri mak sy yg sy nk kongsi mmng sy teringat sgt2 smpi sekarang..ayat dye bebunyi mcm ny. ''walau mcm mne sikit pown gaji kamu,,sikit mne pown rezeki yg kamu dpt,,tp kne ingat tuh lah rezeki yg Allah bg ke kamu,,dan klu kamu iklas menrima rezeki Allah beri ke kamu tuh,,n kalau kamu bersyukur,,inshaAllah rezeki yg kamu ckp sikit td tuh kamu akan rase banyak,,n rase lebih dari mencukupi untuk diri kamu''....


lepas dari tuh sy sedar kwn2,,sy ubah diri sy,,bekerja dgn iklas kerana Allah,,bkn kerana wang atau gaji...sy berkerja dgn bersungguh2,,masok awal n blik pd waktu yg ditetapkan..hehehe,,walaupun dlu sy ckp tak sesuai dgn gji,,tp sy pk balik ini lah yg Allah tetapkn kepada sy,,rezeki sy bwat stakat ny..sy kne la iklas menerima rezeki yg Allah tetapkn kepade sy...bersyukur la daripada lg dpat lagi sikitkn..Alhamdulillah..

kli ny sampi gji utk bln kedua,,ucap Alhamdulillah,,then sy berbelanje mcm biase,,bg ke mak ayah aku skit,,baya itu ini,,service moto..siap shoping lg,,(tp bergantung pd kemampuan laa)...lepas tuh sy g atm check gaji aku,,Aikk...ade bnyk lg?? bkn dlu sy ckp x ckup ke?? pelik jugak,,rse mcm da gune bnyk duit,, tp..hmmm,Alhamdulillah la....ini bukan cerite tipu kwn2,,inilah yg betul2 terjadi pd sy,n yg sy nk kongsi kepada kwn2.....

kwn2 tuh la Allah nk membuktikn kepada kite,,yg dia lah yg maha pemberi rezeki...klu kite iklas dan bersyukur dengan rezeki yg dia bg kepada kite,,inshaAllah...Allah akan memberi lebih lg kepada kite pada satu hari nnty....bukti nye?ade lagi kawan2,,saba2...sy blum abes cite lg...hehhe,,bukti nya lepas 3 bulan berkerja di company tuh,,bos sy naik kn gji sy sebanyak RM200 ringgit...waw,,Alhamdulillah,,btol x kawan2? Mak sy x tipu kn kwan2? kn,kn,kn...so sy kongsi pengalaman sy ny bkn nk menunjuk ke ape,,tp cume nk kongsi kwn2 tentang penting nye bersyukur ny,,n ape kelebihan bersyukur ny...harap2 kawan2 faham ape yg sy nk sampikn,,moge2 kwan2 dpt renungkn dan ambil iktibar...Assalamulaikm;)

Monday, 12 December 2011

ALHAMDULILLAH



ASSALAMULAIKUM;)


Salam sejahtera  kwn2....moge dlm keadaan sehat sentiase dri segi rohani dan jasmani..hehe(^...^)

Oke,,first of all,,sy teringin sgt nk mengucapkn terima kasih kerana sudi utk melawat ke blog yg tak berape nk cantik sgt ny,,walaupown x cantik,,tp kwn yg bace ny,,masih bace jgk tuh..hahaha,,thax a lot,, bese laa,, laki pnya blog en,, mmng x pandai la nk bercantik-cantik sgt ny...hanya sekadar siap jd laaa,,tp x sume laki mcm tuh..kne igt..Allah jdi kn kite berbeza dan ada kelebihan dan kekurangan  masing2..kn3,,dari situ dah terbukti,,Allah maha bijaksana dan maha adil...kn3...

Hari ny,,sy nk kongsi satu pengetahuan yg sy bru sedar...yg sy sendiri pown x sedar sebelum ny,,n waktu kuliah maghrib td lah bru sy tersedar kawan2,,ustaz zainal(tuh ustaz yg mengajar di suraw taman sy lah,,bkn penyanyi,,actor dan sebagainye,,hehehe) ustaz nie menyetuh tentang ucapan Alhamdulillah....haaa,,kwn2,,Alhamdulillah...ape yg kite x sedar tentang ucapan ini?haaaa,,kwn2 perasan x kebanyakkan orang,,ishh,, tayah salah kn orang laa,,tp diri sy sendiri,,sy kn..lepas mkn x ckp pown Alhamdulillah,,tp cume bile lepas sendawe,,(contoh bunyi = uueerrkkk) bru la sy akan ckp Alhamdulillah...abes tuu klu kite mkn x sendawe mcm mne?kite dah habes mkn x sendawe...mmng takkan sebut la Alhamdulillah tuh?hmmm,,tuh salah stu yg kite terlepas pandang...padahal mkan dan rezeki sume tuh Allah yg bg,,tp kite slalu je lalai untuk berterima kasih memuji Allah dgn rezeki yg kite dpt darinya...tgk tuh,,bagaimana syaitan telah berjaye membuat kite terlupa pd tuhan kita,,dye sempat lg tu ambil kesempatan waktu kite gembira menikmati nikmat rezeki Allah dengan berbisik2 yg bukan2 bg kite lupe pada yg pemberi rezeki tuh td...hmmm,,mnx jauh kn laaaa...so lepas ny kite kene berubah kawan2,,tiap kali lepas mkn!walaupon tidak sendawa!jgn lupe ucapkan ALHAMDULILLAH,,segala puji bagi Allah..dia la yg bg kite mkn tuh taw...klu bkn kerana izin nya,,kite boley jadi kebuluran taw kwn...ingat! bkn kepada kwn2 je,,tp pada diri sy sendiri....bkn stakat lepas mkn je rezeki kita kwn2,,bnyk lg rezeki yg tuhan bg,,bnyk sgt,,sy bg contoh la sikit..dapat gaji,,minum air,,dapat pujian,,kenaikan pangkat,,di belanje makan,,dpt bantuan 500 dri kerajaan,,(itu rezeki dri Allah,,cume diperantaraan dari pada kerajaan,,so pihak kerajaan jgn berlagak seperti duit tuh dri mereka sendiri,seperti mereka yg pemberi rezeki) dan sebagai nye laa...banyak sgt nk tulis memang takan abes...rezeki yg Allah bg kt kite,,tp jgn lupe ucap ape kawan2? Ucap lah ALHAMDULILLAH....hehe,,inshaAllah klu kite slalu bersyukur,,slalu igt kpd Allah...Allah akan bantu kite dengan diberi rezeki yg yg tidak putus2,,dan yg penting Allah akan bantu kite untuk mendapat rezeki yg bersih,,iaitu rezeki yg HALAL....inshaAllah,,..renung2kn lah dan ambillah iktibar...Assalamulaikum;)

Sunday, 11 December 2011

SEMPURNAKAH ISLAM KITA?




Assalamulaikum;).....

selamat sejahtera kawan2 sume...hehehe,,tgh bwat ape tuh?da mkn?da minum?sehat?....hah,,ini la yg slalu kite tnye klu kite msg kwn2 kite en,en,en....so x slah klu sy nk tnye jugak kt sini?salah ke kawan2?ouhh,,maaf sy x dgr ape yg kwn2 ckp...hahahaha,,tp sy anggap jela boley...boley kn kwn??x salah kn??maaf sy x dgr jugak,,sbb sy tgh sowng2 mase tlis blog ny...hahahaha,,daa2,,merepek meraban da ny....oke2,,back to the point,,not ampang point k...hati2 mse bace tuh......k..hmm,,sebelum nie kite bincangkn pasal islam atau melayu..sah ke islam kite?kawan2 da bce kn tajuk sy yg sbelum ny?klu x cbe tgk dlu bab tajuk yg islam ke melayu tuh....ade nye kt blog archive sy tuh...haaaa,,ce tgk btol2..hehehe,,bajet mcm da bnyk tajuk jee...ade kn?haaa,,bce yg tuh dlu...bru fhm t bab yg nie...hehehe...TAPI sbelum tuh,,,kpd alim ulama,,ustaz2,,atau sape2 saja yg lebih arif tentang ilmu agama,, yg bace penulisan sy ny,,klu ade salah silap,,sy merayu tegurlah kesalahan dan kesilapan sy ny,,moge2 sy tidak terus membuat bende2 yg salah atau silap..

oke,,islam? yes,itu agama kite kn? sah ke islam kite? yes,,kite da tunai semua rukun islam kite,,takda satu pown yg tertinggal,,right?bguss....hehehe,,klu da tunaikn semua rukun islam kite,,InshaAllah sah la islam kite tuh...tetapi,,ishh,,ade pulak tetapi nye lg...hmmm,,k dgr k,,sempurnakah islam kite nie??aikk??dah sah da islam kite,,takan ta sempurna lg??haaaaa haa,,kwn2 tau bace kan? tuh bru sah,,x de tertulis sempurna pown kn?? islam kite bru sah,,n kite baru diterima sebagai seorang islam...tetapi islam kite masih belum sempurnaa...aik,,mcm tuh pulak daaa,,abes tuh mcm mane nk bg sempurna nye? haaa,,nk jadi seorang islam yg sempurna,,kite mestilah menjadi seorang islam yg beriman....haaa,,ape dye kawan2?kite mestilah menjadi seorang islam yg beriman....hmmm,,mcm tuh pulak?leceh la mcm tuh...klu stakat sah sbagai seorang islam je x ckup ke?..haaaa ha,,jgn smpi slah ckap,,slah ckp boley terbatal nya sah islam kita td tuh..sbb ape boley terbatal?kita da blaja kn ade percakapan yg boley membuat kita jd murtad,,syirik dan sebagai nye waktu skolah dlu,,kn....igt kn kwn?so,klu dah murtad atau syirik tuh batal leee islam kite kwn2..so,jage2..oke,,ulang blik,,(hmmm,mcm tuh pulak?leceh la mcm tuh,,klu stakat islam je x ckup ke?) x payah la nk sempurna sgt laa....ishh,,kwn2 nk dapat balasan syurga di akhirat nnty kn?mesti nk balasan baik2 tuk waktu kita diakhirat nnty kn??...tp layak ke kite? klu stakat islam,,tp mencuri? klu stakat islam, tp berjudi? klu stakat islam, tp berzina? klu stakat islam,tp masih tidak menjage aurat? klu stakat islam,,tp tidak melakukan suruhan Allah,,dan tidak meninggalkn larangannya?layak ke kite dapat balasan yg baik2,,klu kite macam tuh perangai nye?....islam,islam dah,,da bwat da rukun2 islam,,rkun islam x de pown suruh jgn buat sume perkare2 dose tuh..tp layak ke kite dpt balasan sebagai orang islam?? TIDAK kawan2,,sbb ape?sbb islam kite x sempurna...abes mcm mne nk sempurna?kn da ckp da td,,kne jadi seorang islam yg beriman...;) so fhm kn....maaf klu terkasar bahasa,,sebagai peringatan,,peringatan ini bkn untuk ditujukan orang lain saje,,ini juga untuk ditujukn kepada sy,,sbb sy dlu pown jahil,,harap je ic islam,,tp rukun islam ta sempurna pown,,ps uh mngaku islam,,dah la mengaku islam ps tuh bnyk buat perkare mungkar,maksiat dan sebagainya pulak tuh...memalukn islam je,,tp alhamdulillah,,Allah maha pengasih menyedarkan kesalahan sy,,dan Allah berikan sy ibubapa,kawan2 dan guru2/ustaz2 yg dapat beri sy semngat dan dorongan mencari jln yg benar,,alhamdulillah ya Allah,ya Rahim...;) haaa,,tgk da lari topic,,merepek lg aku ny...mksd sy peringatan ny ditujukan kepada diri sy dan kwn2 sume laa k..ada fahemm;) hehehe

oke,,skunk blik semula ke topik kita....oke beriman,,mcm mne nk jd beriman?haaaa,,sy yakin kawan2 dah tahu jgk mcm mne nk jd beriman...kene la tunaikn rukun iman...kn,kn,kann...pandai pown kwn2 aku ny..hahaha.. So rukun iman pown same jugak laa,,klu tertinggal satu,,make tak sah la iman kite....makne nye kite ny tak dikire beriman laa..so klu x beriman,,layak ke dpt balasan yg baik2 diakhirat kelak?x layak kn?haaa,,kwn2 pown tau....cukup ke hanye sekadar islam?tp x laksanakn suruhan islam untuk menjadi orang2 yg beriman??x ckup kn kwan2..pandai pown..hehe,,so sempurnakn lah rukun iman kite...rukun iman kite ade berape?yes,,kwn2 tau pnye,,ade 6....ape die 6 rukun iman tuh?








so check la iman kite,,adakah kite(bermaksud dgn sy sekali) telah beriman dengan keenam-enam rukun iman ny...pentingkan rukun iman ny kawan2;) sbb klu x,,x sempurnalah islam kita kn...mcm mne nk tau cara2 nk beriman ke enam2 rukun ny...kwn2 kne la rajin bertanye kpd ustaz2 atau orang2 yg mengkaji Quran dan hadis tentang bagaimana nk beriman dengan keenam-enam rukun iman ny...rajin hadirkn diri ke majlis2 ilmu..InshaAllah kita akan tahu mcm mne nk beriman dgan keenam-enam perkare ny...sy masih berusha untuk beriman kepada keenam-enam perkare ny kawan2,,sy pown ilmu blum ckup...sikit je ilmu yg sy ada,, risaw klu sy terangkn nnty ade kesalahan-kesalahan yg sy terangkn...selagi sy tahu sy kongsi kpd kwn2,,jgn risaw..inshaAllah sy x kedekut ilmu,,kite jgn kedekut ilmu,,x kisah la ilmu ape2 pown,,sbb nnty kite yg rugi,,sbb ilmu tuh x berkembang..btol kn kwn2;)hehehe,,tp kwn2 mesti pening kn?ape kene mengena rukun iman dengan mencurilah,berjudilah,,berzinalah, auratlah,,yg sy cakap kt atas tuh td...haaa,,pening ape kawan?tuh yg beriman kepada kitab tuh,,rukun iman yg ketiga tuh...KAN kitab kite iaitu Al Quran dah tertulis jgn mencuri,jgn berjudi,,jgn berzina,jage aurat n sebagainye perkare2 yg mungkar...Quran da tertulis melarang bwat sume tuh,,tp kite x ekot sume tuh??so beriman pd kitab x tuh??yes,,tau pown,,x beriman kn,,klu beriman mesti kite ikut yg disuruh yg tertulis didalam kitab...kn,kn,kn....


oke tips untuk kite berusha untuk menyempurnakn rukun iman kite,, kwn kena percaye la dengan ke enam-enam perkare ini..percaya kpda Allah,,percaya kpd malaikat,percaya kpd kitab-kitab Allah,percaya kepada rasul2 Allah,percaya kpd hari akhirat,,percaya kpd qadha' dan qadar;)...inshaAllah klu kite percaye,,kepercayaan ini akan membantu untuk kite lebih berusha untuk mendalami,,dan lebih berusaha untuk beriman dgn ke enam2 perkare ini...moge2 kite same2 berjaye menjadi orang yg beriman k kwn2;) renung2 kn lah,dan selamat beramal..Assalamua'laikum(^_^)

Islam atau melayu?


Assalamulaikum....

salam sejahtera kpd kwn2 yg sudi membace blog sy nie;) blog yg tidak seberape menarik ny kn..tp x pe,,terpulang kepada masing2 untuk menilai sesuatu kn..hehe,,oke laaa,,suda2 la tuh k,,tkot lari topik pulak nnty..sy nie kadang2 suke merepek jugak..nie jugak salah satu kelemahan pd diri sy..n sy sedang cube untuk berubah kpd yg lebih baik....oke,,hari ni sy teringin sgt nk membincangkn tajuk iaitu islam atau melayu? tp sbelum tuh,,kpd alim ulama,,ustaz2,,atau sape2 saja yg lebih arif tentang ilmu agama,, yg bace penulisan sy ny,,klu ade salah silap,,sy merayu tegurlah kesalahan dan kesilapan sy ny,,moge2 sy tidak terus membuat bende2 yg salah atau silap.. Sy ny cume ank muda yg baru mula ingin mendalami agama Allah yg indah ini,,iaitu agama islam...lg2 sy bru sje berhijrah kpd keadaan yg lebih baik ini...jd pengalaman n pengetahuan sy dapat cume sikit saje..tp pengalaman n pengetahuan yg sikit nie lah yg sy nk kongsi kpd kwn2 sume,,moge2 kite sama2 akan menjadi lebih mnyedari dan tidak alpa dengan dugaan2 didunia yg sementara ini..InshaAllah...haaa,,tgk...tak masok2 lg tetang tajuk lg ny,,kn sy da ckp sy nie suke merepek,,hehehe,,tp harap2 sy tidak merepek bende2 yg melalut dan yg dilarang dalam islam,,mnx dijauhkn lah..amin...

Oke,,islam atau melayu? kite ny ape kawan2? sy tau ade bangse lain,,tetapi islam...tuh mmng ade,,tp sy ingin menyentuh kite yg melayu,,sbb kawan2 sy ramai dri kalangan orang melayu...sbb kebanyakan dri melayu sume beragama islam kn;) hehe,,tp kite renung balik adakah kita melayu yg betul2 beragama islam? ini bukan sy nk menyalahkn sesiapa,,ini jugak yg berlaku pd diri sy waktu zaman2 sy jahil dlu..jd sy disini cuma ingin membetulkn diri sendiri dan kpd kawan2 yg sy syg semua...oke,,blik to the topic.... Kawan2 tau x islam ny ade rukun dye? sy yakin kawan2 sume tau,,yg kite belajar waktu sekolah dulu..ingat x?hehehe...mesti igat kn?sebab kawan2 sy sume pandai2 dan kuat ingatan nye;) ..rukun islam ade berape ye kawan2? k laaa,,sy jwb laaa,,sy tnye sy jawab...hehehe,,sy yakin kawan2 da jawab dalam hati mse sy tnye td kn3....hehe,,oke2,,rukun islam ade lima,(5) kawan...k,, ape dye rukun islam tuh?


(1) Mengucap dua kalimah syahadah
(2) Sembahyang lima waktu sehari semalam
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) menunaikan zakat
(5) Mengerjakan haji ke baitullah(mekah) bagi yg berkemampuan

oke,,kite da tau ape itu RUKUN islam,,tp kn kalau la kite tinggal salah satu RUKUN islam ny kn kwn2,,rase2 kite ny islam ke,, sah ke islam kite? haaaaa,,ini masalah dye...mcm ny la sy bg contoh,, mcm solat/sembahyang...ade 13 RUKUN kn kawan2? klu kite tinggal satu RUKUN,,makne nye kite bwat 12 je RUKUN solat/sembahyang kite...contoh nye satu rukun yg kite tinggal tuh rukuk,, kite solat/sembahyang tetapi x rukuk? Agak2 kwn2 lah sah x solat kite tuh? mesti x sah kan...sbb kite tertinggal 1 RUKUN iaitu rukuk semase solat...haaaa,, Begitulah jugak dgn RUKUN islam,, kalau x cukup satu RUKUN,, maka TIDAK SAH lah ISLAM kite...kite dah mengucap dua kalimah syahadah,kite dah berpuase,dah bayar zakat,haji x mampu lg,,so x pe la klu x pegi lg...tp mane pergi rukun islam yg kedua? menunaikan solat 5 waktu shari semalam? oppss,,kite dah tertinggal,,maka sah x islam kite? TIDAK SAH kwn2,,yess,,tidak sah......hmm,,kite dah mengucap dua kalimah syahadah,,kite dah solat 5 waktu shari smlam,,kite dah puase bln ramadhan,,kite dah pergi haji sbb kite sudah mampu....tp mane pergi rukun islam yg keempat? menunaikan zakat?opppsss,,terlupe lg...hmm,,sah x islam kite kawan2? YES,TIDAK SAH....kite da buat semua rukun islam kecuali mengerjakn haji....TETAPI KITA MAMPU UNTUK MENGERJAKAN HAJI...abes mane pegi rukun islam ke 5 menunaikn haji?ooppsss,,terbuat2 tidak mampu...hmmm,,sah tak islam kite? tidak sah kawan,,tidak sahhh....asek2 x sah jee...abes klu islam kite tidak sah,, kite ny ape? bak kate ustaz yg sy penah dengar,,sy penah blaja,,islam dye tidak sah,,makne nye dia melayu jela,,BUKAN ISLAM...mleh nk ckp kapir,,kang terase kasar la pulak..;)

Wow,,bukan islam??abes yg dalam ic kite ny ape kawan? dok tertulis islam bwah gamba kt ic kite uh ape? tuh name nye x malu laaa,,da la x sempurnakn rukun islam,,tp nk mengaku islam pulllokkk....booooo..hmmm,,maaf lah klu terkasar bahase,,ini sekadar untuk peringatan kite bersame...sy booo and sy mengate td bkn utk kwn2,,tp untuk diri sy sendiri,,waktu sy jahil dlu kwn2,,wktu sy bodoh dgn ilmu agama,,sy pown x sempurnakn rukun islam sy satu mase dlu,,solat tidak,,puase ngelat..zakat lg laa,,harapkn ayah sy jela,,tp Alhamdulillah kasih sayang dri Allah yg maha penyayang,,sy diberi kesedaran kwn2,,dan sekarang sy cube sedaya upaya untuk memperbaiki kesalahan sy dahulu,,kwn2 x nk ke bruba kepada yg lebey baik?sy yakin kwn2 mesti nk jugak..;) tp boley ke kite nk bruba,,mcm sush je? aikk,,sy boley je kwn2,,yg penting niat tuh kwn2,, x de susah nye,,kecuali klu kite yg menyusah kn dri kite sendiri...maaf lah kepade yg terase,,x de niat ape2 pown,sekali lg maaf...kawan2 sedarlah,, bertape penting nye rukun islam...tertinggal satu make,,habis la islam didalam diri kite,,jd kite kne lah ulang rukun islam kite dri yg pertame hingga lah yg kelima,,moge2 islam kite sempurna di dalam diri kite..kawan2 nk ke mati dalam keadaan bukan islam? sy yakin sgt2,kawan2 x nk kn?masing nk balasan yg baik diakhirat kelak...sy yakin,,jd perbaiki la rukun islam kita....moge2 kita mati dalam agama yg mulia,,agama yg benar,agama yg kite terima sekarang ini..iaitu agama islam..skali lg sy ingin memohon maaf jika ada yg tersalah kata di sepanjang penulisan sy,,yg baik hanyalah dri Allah dan yg salah adalah dari kesilapan diri sy sendiri...jd  
kawan2 renung2kn lah dan selamat beramal...Assalamulaikum;)

Testing,testing,testing 123

Assalamulaikum....hehehe,, kpd sape2 yg bce nie,, ini hanyalah percubaan sy untuk BERblog..hehe,,blog la sgt...bkn pe,,ramai kwn2 sy kate men blog ny best,,busan2 bley luahkn ape yg terbuku dlm kepale kite ny..and mcm2 lg laahh..ekot kn da lame teringin nk bwat blog ny,,tp tataw mcm mne nk bwat,,nk edit2 bagai....so,,sy pown bwat wilek laa,,mleh la nk bwat blog2 ny,,suke bce blog orang jela...tp lame ke lamaan...ceh ayat;) hehhe..bnyk jugak yg den blaja dri blog2 orang ny,,so tringin jugak la nk buat blog,,moge dpt jugak sy kongsi ape pengalaman o ilmu yg saye ade..kn3...pengalaman n ilmu sy x bnyk pown,,skit jee,,tp pengalaman n ilmu yg sikit ny laa yg sy nk kongsi moge2 kite dpt tambah pengalaman n ilmu yg sedia ade..right;) . Jadi,,tgh2 waktu lapang ny sy pown cube la torai(try la maksud nye) bukak2 laman nk bwat blog ny,,n try la buat sikit demi skit...n Alhamdulillah akhir nye,,ini la hasil nye, testing,testing,testing 123 ny..hehehe,,n kepada yg pakar bab2 blog memblog ny,,rase nk beri tunjuk ajar kepada sy yg budak baru belajar ny,,sy alu2 kn sgt2,,n ini la yg sy harap kn sgt...orang MENGAJAR kpd sy ape yg sy x tau..moge sy akan lebih tahu,and lebih tahu,dan lebih tahu;) ape yg sy x tahu.. hehehe,, k lah,,smpi sini la penulisan sy bwat stakat ni...inshaAllah,,sy akan mule berkongsi apa2 yg ptot dikongsi melalui blog sy nie,,skian terima kasih;)  Assalamulaikum;)